Kehidupan peribadi Indro_Warkop

Indro merupakan anak kepada Moehammad Oemargatab[2] dan Soeselia Kartanegara.[3] Bapanya seorang pegawai polis manakala ibunya seorang ahli perniagaan katering. Sewaktu kecil, Indro ingin mengikut jejak ayahnya untuk menjadi pegawai tetapi kemudiannya meninggalkan hasratnya selepas ibu bapanya tidak bersetuju. Ayah Indro meninggal dunia pada 1968. Selepas kematian ayahnya, Indro membantu ibunya yang menjalankan perniagaan katering dengan menjadi pembeli di pasar.[4]

Indro berkahwin dengan Nita Octobijanthy pada 1981.[5] Pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu Handika Indrajanthy Putri, Satya Paramita Hada Dwinita dan Harleyano Triandro.[6] Anak kedua Indro iaitu Hada Dwinita pernah menjadi ahli pasukan Paskibraka Nasional pada 2001 mewakili Provinsi DKI Jakarta.[7]

Pada 9 Oktober 2018, isteri Indro meninggal dunia akibat kanser paru-paru.[8] Jenazahnya dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta Selatan.[9]

Rujukan

WikiPedia: Indro_Warkop http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p331406942 https://www.genpi.co/seleb/131208/putri-indro-wark... https://hot.detik.com/celeb/d-4250639/pemakaman-is... https://www.instagram.com/indrowarkop_asli/ https://entertainment.kompas.com/read/2018/10/09/2... https://www.kompas.com/hype/read/2021/10/23/154508... https://www.kompas.com/hype/read/2021/11/30/081657... https://www.liputan6.com/showbiz/read/4480630/kena... https://www.merdeka.com/jabar/5-potret-kebersamaan... https://www.grid.id/read/041605476/beri-ucapan-san...